Jumaat, 21 Disember 2012

HEMPEDU BELUT DAN EKORNYA

NAMPAK MACAM GELI JE NAK MAKAN.TAPI HAKIKATNYA HEMPEDU DAN EKOR BELUT INI CUKUP BERKHASIAT.

LELAH ANTARA PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN MEMAKAN HEMPEDU INI.

UNTUK KAUM LELAKI PULA,HEMPEDU DAN EKOR ULAR INI SANGAT SESUAI UNTUK ANDA.HANYA YANG MENGETAHUINYA SAHAJA AKAN MENCARI HEMPEDU DAN EKOR BELUT INI.HEHEH


Rabu, 5 Disember 2012

PRODUK ORANG ISLAM

Assalamualaikum sahabat blogku..

Hari ni seharian aku menjelajah kedai di sekitar kuantan untuk melihat produk buatan orang islam.ternyata produk buatan orang islam terutama sekali produk IKS terlalu sedikit nak dibandingkan dengan produk buatan Agama lain.

Aku tertanya-tanya, adakah orang islam kita ni tidak tahu mana nak cari produk islam ataupun mereka sudah biasa dengan produk yang dihasilkan orang agama lain?

Aku bukan nak menaikkan isu perkauman,hanya pandangan peribadi sahaja..Kadang-kadang bangsa melayu ni perlukan banyak sokongan untuk berjaya dan bukannya banyak komen atau hasat dengki sesama bangsa atau orang islam itu sendiri.

Aku sempat bertanya dengan 3 orang peniaga kedai runcit tentang produk orang islam. Jawapan yang sama aku terima adalah orang kampung tidak akan beli produk orang islam disebabkan harganya yang SEDIKIT lebih tinggi dari produk yang sama dengannya.

Adakah nilai 10sen atau 20sen ataupun 30sen terlalu tinggi untuk keberkatan dan kesihatan diri sendiri?

Sama-samalah kita memberi sokongan produk buatan orang islam demi keberkatan hidup....assalamualaikum

Rabu, 28 November 2012

SATE ARNAB

SETELAH MENCUBA SUP BELUT PADA HARI KEMARIN. AKU MENCUBA PULA SATE ARNAB.TERNYATA DAGING ARNAB MEMANG CUKUP LEMBUT DAN ENAK




ARNAB MERUPAKAN SEJENIS MAMALIA DALAM KUMPULAN ORDER LAGOMORPHA DARI ALAM HAIWAN FILIM KORDATA.

PARA PELADANG DI KAWASAN BERIKLIM SEDERHANA MENGANGAP ARNAB MUSUH DISEBABKAN ARNAB ADALAH SEJENIS HERBIVORE IAITU MEMAKAN HAMPIR SEMUA TUMBUHAN HIJAU TETAPI PADA HAKIKATNYA DAGING ARNAB MERUPAKAN SALAH SATU SUMBER PERUBATAN YANG CUKUP BERKESAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT KRONIK.

PADA DAGING ARNAB TERDAPAT KETOTIFEN IAITU BAHAN YANG MUJARAB DALAM  PERUBATAN.

ANTARA PENYAKIT YANG MAMPU DIRAWAT IALAH PENYAKIT ASMA DAN PENYAKIT ASMA SERTA MASALAH PARU-PARU,MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA, KADAR PROTEIN YANG TINGGI DAN KOLESTEROL RENDAH SERTA BOLEH MENINGKATKAN TENAGA DALAMAN LELAKI.


MOH KITA MENCUBA DAGING ARNAB YANG CUKUP MENYELERAKAN.






Isnin, 26 November 2012

SUP BELUT

sila pilih sendiri belut untuk dimasak.
itulah konsep yang digunakan sebuah kedai di kuantan untuk pelanggannya.
pelanggan bebas memilih saiz belut yang untuk dimasak.

aku pun dengan tenang memilih yang kecil sahaja disebabkan ingin mencuba.
ramai yang geli memakan belut disebabkan bentuknya macam ular dan macam-macam lagi.

ketika belut sedang diproses oleh tukang masak,aku mula terbayang-bayang bagaimana agaknya sup belut tu.


akhirnya apabila siap aromanya membuatkan diriku tidak sabar untuk mencuba sup belut yang dikatakan sungguh lazat.

hanya dengan nasi putih dan sambal belacan dan sup belut cukup menyelerakan tekak aku yang pada mulanya agak geli untuk memakannya.

anda semua mesti mencuba,selain rasanya yang enak belut atau nama saintifiknya monopterus albus adalah sejenis hidupan air tawar yang kaya dengan pelbagai khasiat.

sup belut the best!








Jumaat, 23 November 2012

MEE KUNING




RAMAI YANG GEMAR MAKAN MEE, MALAH MENJADI MAKANAN KEGEMARAN TIDAK KIRA MASA PAGI, PETANG DAN MALAM SEGELINTIR ORANG.

MEE KARI, MEE REBUS, MEE SUP, MEE HAILAM, MEE BANDUNG ANTARA PELBAGAI JENIS MASAKAN YANG BOLEH DIBUAT DARI MEE. MEE GORENG MAMAK JUGA ANTARA YANG POPULAR DI KALANGAN PENGEMAR MEE.

TETAPI TAHUKAN ANDA BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM MEE YANG ANDA MINATI ITU.

BAHAN ASAS UNTUK MEMBUAT MEE ADALAH TEPUNG GANDUM, GARAM, AIR DAN MINYAK MASAK.IANYA TURUT MENGANDUNGI CAMPURAN BAHAN KIMIA UNTUK KEANJALAN MEE DAN KETAHANANNYA.

SALAH SATU BAHAN KIMIA YANG DIGUNAKAN ADALAH CECAIR JERNIH SODIUM KARBONAT ATAU NATRIUM KARBONAT. IANYA BOLEH DIDAPATI DI KEDAI-KEDAI RUNCIT DAN LEBIH DIKENALI SEBAGAI AIR ABU ATAU AIR SODA.

SODIUM KARBONAT (NA2CCO3) BOLEH DIEKSTRAK DARI TUMBUHAN ATAU DIHASILKAN DARI GARAM BIASA MELALUI PROSES TERTENTU.SODIUM KARBONAT PALING BANYAK DIGUNAKAN DALAM PENGHASILAN KACA.

DALAM PEMBUATAN MAKANAN IA DIBERI KOD ADITIF E500 DAN DIGUNAKAN SEBAGAI PENGAWAL ASID (ACIDITY REGULATOR), ANTI PENGERAKAN (ANTI- CAKING), AGEN PENAIK DAN PENSTABIL.

SETAKAT INI, TIADA LAPORAN YANG SERIUS TENTANG KESAN NEGATIF TERHADAP PENGGUNAANNYA SEBAGAI BAHAN ADITIF DALAM BAHAN MAKANAN

INGIN MENCUBA?

SILA HUBUNGI 0134147623 (SOFI)
                           0148195447 (MIRA)

Rabu, 14 November 2012

PRODUK HALAL

isu makanan memang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian seorang islam. makanan yang di makan akan menjadi darah daging.ramai yang dah mula ragu-ragu dalam memilih produk yang dijual di pasaraya.sebagai seorang islam,marilah kita bersama-sama membeli produk makanan yang diyakini HALAL,BERSIH DAN BERMUTU.

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BARANGAN KEPERLUAN


KESIBUKAN BEKERJA, MENGURUSKAN KELUARGA DAN KEPERLUAN LAIN YANG MEMENATKAN MENJADI ASAM GARAM DALAM KEHIDUPAN.

KESUKARAN MENCARI PARKIR DAN MASALAH KESESAKAN JALAN RAYA MENAMBAH BEBAN YANG DIHADAPI.

KINI ANDA TIDAK PERLU LAGI KE PASAR ATAU MENGHABISKAN MASA UNTUK MENCARI KEPERLUAN HARIAN YANG DIKEHENDAKI.

SYARIKAT ASSUFI MENAWARKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BAHAN MENTAH DAN KEPERLUAN LAIN TERUS KE RUMAH ANDA.

ANTARA KATEGORI PRODUK YANG DITAWARKAN ADALAH MAKANAN SEJUK BEKU, SAYUR- SAYURAN, BUAH- BUAHAN, PENJAGAAN DIRI, BARANGAN RUNCIT DAN BANYAK LAGI.

BAHAN MENTAH ATAU KEPERLUAN LAIN YANG DIBELI AKAN DIPASTIKAN BERKUALITI.

BAGI PELANGGAN MEMENTINGKAN PRODUK PEMPROSESAN MUSLIM. KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA. INSYAALLAH.

KADAR PEMBELIAN MINIMUM ADALAH SEBANYAK RM 50 SAHAJA MANAKALA CAJ PENGHANTARAN DARI RM 1 SEHINGGA 10 RINGGIT.

UNTUK KAWASAN KUANTAN SAHAJA.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

EN. SOFI : 0134147623









Sabtu, 10 November 2012

AIR TERJUN PANCING

Air Terjun Pancing

  25 Kilometer dari Bandar Kuantan. Air terjun Pancing ataupun Air terjun Pandan sememangnya cukup tekenal buat pengunjung yang datang ke Kuantan. keindahan alam dan faunanya pasti memikat setiap pengunjung yang datang.
  Hanya RM 2.00 dikenakan bagi setiap pengunjung. Pelbagai aktiviti berkelah boleh dilakukan disini. Sekali berkunjung ke Air Terjun Pancing, pasti akan datang kembali....











Isnin, 8 Oktober 2012

PERLUPUSAN ABU AL-QURAN

video


Selama 23 tahun Al-Quran di turunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril.

Al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia semestinya perlu dihormati dan diletakkan di kedudukan tertinggi.
Akta Percetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 telah diwujudkan untuk melindungi percetakkan Al-Quran dari sebarang kesalahan dan kesilapan serta ketidakpatuhan terhadap prosedur pelupusan sisa atau bahan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.

Oleh yang demikian, satu program Perlupusan abu Al-Quran peringkat negeri Pahang telah diadakan pada 4/10/12 di 7 batu nautika dari jeti TLDM Kuantan.
Progam yang iatur Jabatan Mufti Negeri dan KDN Negeri Pahang dengan kerjasama TLDM,APMM,PDRM,JAS PHG,JAIP ,MUIP,JBTAN LAUT WILAYAH TIMUR , MPK dan wakil media telah berlangsung dengan sempurna.

Sebanyak 3 tan Abu Al-Quran yang dibawa dengan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia telah dilepaskan.
Ianya bertujuan untuk menjaga dan melindungi kesucian kitab suci Al-Quran dan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan perlupusan Al-Quran mengikut prosedur yang ditetapkan.

Saya merasakan sesuatu yang cukup tenang ketika Al-Quran dilepaskan. Cuaca yang panas sebelum pelepasan tersebut menjadi mendung dan cukup tenang.Selepas berakhir acara perlepasan abu Al-Quran,cuaca kembali menjadi panas.

SubhanAllah....Maha Suci Allah.Allahuakbar!

Ahad, 2 September 2012

PRODUK



PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BARANGAN KEPERLUAN


KESIBUKAN BEKERJA, MENGURUSKAN KELUARGA DAN KEPERLUAN LAIN YANG MEMENATKAN MENJADI ASAM GARAM DALAM KEHIDUPAN.

KESUKARAN MENCARI PARKIR DAN MASALAH KESESAKAN JALAN RAYA MENAMBAH BEBAN YANG DIHADAPI.

KINI ANDA TIDAK PERLU LAGI KE PASAR ATAU MENGHABISKAN MASA UNTUK MENCARI KEPERLUAN HARIAN YANG DIKEHENDAKI.

SYARIKAT ASSUFI MENAWARKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BAHAN MENTAH DAN KEPERLUAN LAIN TERUS KE RUMAH ANDA.

ANTARA KATEGORI PRODUK YANG DITAWARKAN ADALAH MAKANAN SEJUK BEKU, SAYUR- SAYURAN, BUAH- BUAHAN, PENJAGAAN DIRI, BARANGAN RUNCIT DAN BANYAK LAGI.

BAHAN MENTAH ATAU KEPERLUAN LAIN YANG DIBELI AKAN DIPASTIKAN BERKUALITI.

BAGI PELANGGAN MEMENTINGKAN PRODUK PEMPROSESAN MUSLIM. KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA. INSYAALLAH.

KADAR PEMBELIAN MINIMUM ADALAH SEBANYAK RM 50 SAHAJA MANAKALA CAJ PENGHANTARAN DARI RM 1 SEHINGGA 10 RINGGIT.

UNTUK KAWASAN KUANTAN SAHAJA.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

EN. SOFI : 0134147623






















.00

Khamis, 3 Mei 2012

TIOMAN ISLAND DESTINASI PILIHAN

CUKUP TERKENAL DI KALANGAN PEMINAT SUKAN MENYELAM DAN PELANCONG DALAM DAN LUAR NEGARA.
36 BATU NAUTIKA DARI JETI TANJUNG GEMOK,PERJALANAN MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG SEJAM SETENGAH UNTUK SAMPAI KE PERHENTIAN PERTAMA IAITU KAMPUNG GENTING.
SELAIN KAMPUNG GENTING,TERDAPAT BEBERAPA KAMPUNG LAGI DI PULAU TIOMAN:

  • KAMPUNG TEKEK
  • KAMPUNG JUARA
  • KAMPUNG AIR BATANG
  • KAMPUNG SALANG
  • KAMPUNG MUKUT
(SEMUA KAMPUNG MENGHADAP DATARAN SEMENANJUNG MALAYSIA MELAINKAN KAMPUNG JUARA YANG MENGHADAP LAUT CHINA SELATAN

BERADA DI PULAU TIOMAN SELAMA 3 HARI 2 MALAM DI PULAU TIOMAN AMAT MENYERONOKKAN.
BERIKUT ADALAH BEBERAPA GAMBAR YANG SEMPAT DIKONGSI BERSAMA.NANTIKAN GAMBAR SETERUSNYA...:)

 















Jumaat, 20 April 2012

BUAH AJAIB(KERATAN AKHBAR 20/4/12)


AKHIRNYA TERPAPAR JUGA KISAH BUAH AJAIB DI AKHBAR HARIAN METRO.
SAYA BERSAMA RAKAN DARI HARIAN METRO YANG MENJEJAKI BUAH AJAIB INI BERPUAS HATI DENGAN KISAH YANG DIPAPARKAN.
ADA KISAH-KISAH MENARIK,BOLEHLAH BERKONGSI DENGAN SAYA.
AKAN DATANG NANTIKAN KISAH MAHKOTA DEWA.


KUANTAN: Mampu menukarkan rasa masam atau pahit kepada manis ialah keistimewaan buah berwarna merah sebesar ruas jari kelingking kerana apabila buah itu dimakan, ia boleh menghilangkan deria rasa masam dalam mulut dan menukarkannya kepada manis.
Dikategorikan sebagai tumbuhan herba, buah yang dikenali dengan nama ‘sweet berry’ di luar negara ini mempunyai khasiat mengubati penyakit tertentu terutama kencing manis.

Pengusaha tumbuhan herba, Mohd Ali Ibrahim berkata, dia mula mengusahakan pokok berkenaan kira-kira 10 tahun lalu apabila diserang strok dan tidak mampu berjalan.
Katanya, enggan terlalu bergantung kepada ubatan moden, dia mencari alternatif lain dengan mencuba berubat secara tradisional sehinggalah seorang rakan memperkenalkan buah berkenaan.

“Ajaibnya, penyakit strok saya beransur pulih dan kini boleh berjalan seperti biasa, malah keadaan kesihatan saya juga bertambah baik.

“Melihat keistimewaannya saya mengambil keputusan mengusahakan pokok ini dan mempunyai lebih 30 pokok sehingga kini,” katanya.
Menurutnya, buah ajaib itu menjadikan deria rasa di lidah keliru dengan rasa masam lalu memadankannya dengan rasa manis, tetapi kandungan gula dalam buah itu tidak memudaratkan kesihatan mahupun meningkatkan kandungan gula dalam darah.

Mohd Ali berkata, dia menjual pokok itu sekitar harga RM30 hingga RM300 bergantung kepada saiz dan usia pokok.
Menariknya, biji pokok itu tidak perlu ditanam sebaliknya hanya perlu dicampak di tanah untuk ia bertunas sebelum dipindahkan ke dalam pasu apabila sudah mula mempunyai akar.

“Jika mahu menanamnya pun boleh namun ia mengambil lama untuk membesar berbanding jika dicampak di mana-mana kawasan bertanah.

“Menjaganya pula tidak rumit cuma hanya perlu memastikan keadaan tanah sentiasa lembab, tetapi ia mengambil masa setahun untuk berbuah.

Sementara itu, isteri Mohd Ali, Rahmah Mat Ali, 50, berkata, dia menghidap penyakit jantung yang kronik sehingga doktor menasihatkannya menjalani pembedahan pintasan jantung.

Katanya, walaupun suaminya ada menceritakan khasiat buah berkenaan namun dia tidak mengambil pusing sehinggalah mencuba sendiri makan buah dan daun pokok itu.

“Saya mengamalkannya setiap pagi dan selepas enam bulan, keadaan jantung saya kembali normal, malah doktor juga terkejut melihat saya mampu pulih,” katanya.



Khamis, 19 April 2012

MENGHILANGKAN BAU HAMIS DAGING KAMBING.

  • BERSIHKAN DAGING KAMBING YANG TELAH DIPOTONG
  • BASUH DAN TOSKAN
  • KISAR 2 ULAS BAWANG MERAH,  SEULAS BAWANG PUTIH DAN 2 SENTIMETER HALIA (UNTUK 100 GRAM DAGING KAMBING)
  • GAULKAN BAHAN YANG DIKISAR KEMUDIAN PERAP SELAMA 10MINIT HINGGA 1 JAM
  • REBUS DENGAN AIR HINGGA EMPUK(TAMBAH AIR JIKA PERLU)
  • ANGKAT DAN TOSKAN DAGING YANG SUDAH EMPUK
  • SIMPAN AIR REBUSAN UNTUK MASAKAN ANDA.

Isnin, 16 April 2012

BUAH AJAIB


(FOTO INI DIAMBIL PADA 13/4/12 DI KAMPUNG PERMATANG BADAK)
PENGUSAHA POKOK HERBA: PAKLANG

Buah yang diberi nama BUAH AJAIB atau nama saistifiknya SYNSEPALUM DULCIFICUM yang berasal dari Afrika ini sememangnya popular. Ianya berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis, menjadi anti oksida dan membantu merawat kanser.

Anehnya setelah makan buah ajaib ini, ianya boleh mengubah rasa makanan yang masam atau pahit menjadi manis, contohnya air limau nipis tanpa gula akan menjadi manis dan sedap. Pauh masam akan dirasa manis.

Ramai pengamal rawatan tradisional menggunakannya untuk merawat demam, kencing manis,malaria, buasir dan batuk.

Daunnya pula digunakan untuk merawat sakit gigi.hanya perlu mengunyah daun tersebut.INSYAALLAH.

Dalam temubual bersama Paklang, beliau memang dari dulu lagi meminati tumbuhan herba.Beliau akan berusaha untuk mendapatkan benih herba dari serata tempat.

Menurutnya juga isterinya menghidap penyakit kencing manis yang kritikal.setelah makan Buah Ajaib tersebut, alhamdulillah penyakit isterinya semakin berkurangan setiap hari tanpa perlu memakan ubat lagi.

Terdapat pelbagai pokok Herba yang ditanam oleh Paklang.beliau juga turut menjual pokok-pokok herba tersebut.

UNTUK KETERANGAN LANJUT
SILA HUBUNGI SOFI 0134147623..TERIMA KASIH..:)

Ahad, 15 April 2012

KOD JALUR (BARCODE)


  • SISTEM PENOMBORAN STANDARD PRODUK YANG DITERIMA DALAM PASARAN ATARABANGSA DAN DIKELUARKAN OLEH FEDERATION OF MANUFACTURERS(FMM)
  • KOD JALUR ADALAH UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN URUSNIAGA DAN DI DALAMNYA TERTERA BUTIR-BUTIR SEPERTI NEGARA PENGELUAR PRODUK, NAMA PENGELUAR, NAMA PRODUK DAN HARGA.
  • BAR KOD HENDAKLAH DICETAK PADA LABEL ATAU LAIN-LAIN TEMPAT PADA PEMBUNGKUSAN MAKANAN YANG HENDAK DIJUAL DI PASARAN DAN JUGA EKSPORT.

KELEBIHAN KOD JALUR(BARCODE)

  • MEMUDAHKAN PROSES CARIAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT ASSET
  • PENGGUNAAN BARKOD YANG SERAGAM DAN BERSEPADU
  • MENGESAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN CEPAT

BERIKUT ADALAH CONTOH KOD JALUR (BARCODE):



Sabtu, 14 April 2012

KOD MAKANAN KATEGORI TIDAK KRITIKAL.


Menurut pihak JAKIM kod-kod E merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
E100:pewarna dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga 
E140: dari sumber tumbuhan 
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet 
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical. 
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical. 
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical. 
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical. 
E234: Nisin; dari sumber microbe. 
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.

PRODUK HALAL

isu makanan memang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian seorang islam. makanan yang di makan akan menjadi darah daging.ramai yang dah mula ragu-ragu dalam memilih produk yang dijual di pasaraya.sebagai seorang islam,marilah kita bersama-sama membeli produk makanan yang diyakini HALAL,BERSIH DAN BERMUTU.

Klik Disini